Sunday, January 9, 2011

suara hatiku merintih


Salam semua...salam perkenalan dari aku untuk semua...maaf kalau ada kekurangan dalam penulisan blog aku ni...aku masih baru dalam bidang ini...disebabkan muncul seorang hamba Allah ini yang menginginkan aku mewujudkan satu blog yang ingin menggambarkan sapa diri aku , maka dengan ini aku ingin wujudkan nya...disamping itu juga , apa yang aku inginkan adalah semua rakan-rakan aku mengenali siapa diri aku...
Aku sememangnya seorang yamg simple, mudah didekati, banyak cakap, dan ada lagi....tapi tu semua yang baik lah...but apa yang nak saya bagitahu...aku juga ada sikap yang negatif....contohnya panas baran, suka mentafsir benda-benda yang bukan-bukan, cakap lepas, xberfikir panjang, dan banyak lagi..
Sekarang adnan yang kamu semua kenal tak sama seperti adnan yang 6 tahun sebelum ni dan sebelum itu lagi..memang jauh perbezaannya...semua tu adalah kerana aku ingin berubah...aku ni juga seorang yang tamak...aku kalau boleh nak ada semua nya...aku susah nak bersyukur dengan apa yang aku ada...namun sekarang aku sedar, makin apa yang kita kejar kan smakin jauh lah is pergi dari kita....dan juga semakin sukar untuk kita mendapatkan nya...
Aku sering bertanya kan masalah orang yang ada disekeliling aku...sebabnya aku xnak tengok mereka terluka dan bersedih...semua yang aku cuba dekati bukan saja orang yang rapat dengan aku..malah orang yang menganggap aku ini musuh juga aku dekati dengan alasan aku ingin tahu atas sebab apa mereka membenci aku...dari situ aku tahu apa yang perlu aku lakukan untuk mengubah yang benci, suka pada aku...tapi betul kata orang...kita xdapat nak puaskan hati semua orang...aku sudah cuba sedaya upaya...erm...
Malangnya aku gagal...aku gagal nak dapatkan apa yag aku inginkan...tapi aku syukur dengan apa yang aku dapat...aku cuma dah xdapat bertahan dengan apa yang ada dalam hati aku..sekian lama aku pendam ini semua...aku dah xberdaya lagi..aku luahkan, muntahkan, lorekkan, dan corekkan dalam nukilan ini agar aku diberi kesempatan untuk memulakan hidup baru..aku redha sekiranya aku masih diuji lagi selepas ini...sbb aku tahu kalau aku masih diuji oleh Dia,tandanya Dia masih sayangkan aku dan masih perhatikan aku dengan usaha menguatkan iman dan ketaqwaan aku kepadaNya...lagipun sama dengan nasihat aku kepada semua rakan-rakan aku...Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan diri hambaNya..maka,kalu kita diuji, tndanya kita mampu tempuhinya....Cuma tabah atau tidak sahaja kita lalui nya...
Rakan-rakan....disini aku ingin menyusun 10 jari bersertakan ketulusan hati aku ini...aku ingin meminta maaf dan ampun dari kamu semua...aku tahu...dengan perlahan mahupun cepat...sedar ataupun tidak..suka ataupun benci....aku ada menyakitkan hati dan perasaan kalian..maaf kan aku...insayaAllah...kalu diizinkan Dia,aku akan tunaikan matlamat terakhir aku...aku dalam usaha melakukan itu semua..harap-harap aku sempat...dan dengan izin Dia juga,aku akan pergi jauh dari kamu semua..atas alasan untuk memberi kebahgiaan kepada semua orang..aku tak nak dengan adanya diri aku ini lagi membebankan kamu semua..kamu semua masih boleh berhubung dengan aku melalui blog ini mahupun facebook aku..sekiranya ada masa dan keizinan, adalah balasan dari aku...sekiranya tiada...anggap lah diri ini telah mengadap yang ESA...sekiranya anda punya masalah sama seperti aku...hubungilah aku..insyaAllah aku akan membantu...aku punya 1001 cara untuk mengatasi,namun aku xberdaya nak laksanakan nya...kerana hati dan semangat aku lemah..salam sahabat dari aku insan yang serba kekurangan..

No comments:

Post a Comment