Tuesday, October 7, 2014

kesal seorang sahabat namun tersenyum

   Salam persahabatan dr aku...sudah agak lama aku mendiam kan diri dalam lambaran ini...akhirnya aku menjumpai kata laluan untuk blog aku ini...sekian lama aku menjalani hidup tanpa teman sejati aku ini..teman aku yg mana menjadi teman pendengar yg amat setia menjadi telinga dan bahu dalam aku menyampaikan segala luahan kekesalan dan luahan kekecewaan aku..suara hati melambangkan kata2 hati aku yg bersuara dalam diam...
  Selepas aku menjalani perjalanan sebagai seorang pelajar kini aku telah pun bergelar seorang pekerja...walaupun kerja yang aku sedang jalankan ini amatlah berjauhan dengan bidang yg aku telah pelajari...tapi aku amat gembira dan beruntung walaupun gaji yg aku dapat itu tidak mencukupi..segalanya dilakukan dan diambil secara ala kadar..zaman pekerjaan amatlah jauh bezanya dgn zaman belajar...sudah tiada lagi zaman bersengkang mata mengadap laptop menyiapkan assignment...melakukan study group di taman...bergaduh dalam memberikan idea dalam mendapatkan idea terbaik dan sebagainya..
   Pada lambaran kali ini..aku ingin meluahkan tentang kekesalan hati seseorang sahabat yg berbunga..
wajah arwah khairool datang dalam lambaran mimpi indah...dalam mimpi tersebut aku mendapati adakah ia satu alamat bahawa aku akan bersamanya menempuhi alam yg kekal fana...aku mencari jawapannya sepanjang hari dan saat..namun apa kesudahannya...aku mendapati bahawa aku kecundang..aku gagal mengenal pasti apakah maksud disebalik mimpi itu..adakah aku terlalu rindukan sahabat aku itu..
   Pada malam 1 ogos 2014...aku tidak dapat lelapkan mata...aku melayan segala laman sosial yg aku miliki..antaranya facebook...twitter...IG...we chat dan semuanya...tapi aku banyak melayani we chat..disebabkan aku baru delete semua rakan yang ada...aku kembali "look around"....aku menekan button "add" pada semua org...ada yg menerima pada masa itu juga dan ada juga yg menerima pada keesokkan hari nya..aku tidak sedar pada ketika itu aku terlelap...dan aku terjaga pada keesokkan hari nya..aku terjaga pada waktu tengah hari...lalu aku pun update "morning semua...bosannya hari ni....jom kluar...tp xda transport...ada sapa2 mau teman aku keluar"....status itu mendapat hampir banyak like...tp dapat 1 comment..aku lihat org yg comment tu xpernah aku chat mahupun jumpa..kami pon mulakan persahabatan pada chat di moment...kami langsung x chat secara private..mb sebab masing2 malas nak chat...jd kami chat di moment saja..kami pon deal untuk berjumpa dan dia pon kata dia akan ambil aku dirumah..aku minta numb dia untuk memudahkan cara mencari rumah aku...tp dia kata just aku jer yg bg num aku...and biar dia yg call kalau dia xjumpa rumah aku..dalam aku menunggu dia datang..aku menerima satu panggilan...aku xtahu numb siapa...jadi aku jawab panggiloan itu..tp aku diam...aku xbercakap..dia mulakan perbualan...dia kata dia sudah hampir dirumah aku...tapi salah jalan...jadi aku stay diluar rumah..
   Kami pun keluar bersama..kami keluar just dalam 3 jam..selepas itu dia ada hubungi aku untuk beritahu aku yg dia akan ke muar untuk berjumpa dgn ayah nya disana...dia akan kesana bersama adik dia...jadi kami berjumpa lagi sekali tapi hanya untuk 5 minit..selepas itu dia bersama adik dia gerak ke muar..selepas hampir lewat malam dia xinform pada aku bahawa dia dah sampai ke belum..aku pon chat dia untuk pastikan dia selamat sampai..seperti kawan2 aku yg lain..aku akan pastikan mereka selamat sampai atau tidak..akhirnya dia balas...dia kata dia lewat sampai sebab bantu org yg ada masalah ditepi jalan..lega rasanya bila tahu kawan aku dalam keadaan selamat..
  Aku menjalani kehidupan aku seperti biasa...mula menyibukkan diri dgn kerja2 aku...pada malam itu..dia chat aku untuk bertanyakan tentang kerja kosong...aku pun beritahu dia bahawa dekat tempat kerja aku tiada kerja kosong...dan dia kata dia ungun tumpang tinggal dirumah aku untuk beberapa hari sebab dia ada masalah...aku amat susah untuk percayakan org.,..apatah lagi untuk tinggalk serumah dgn aku..tp aku tergerak hati untuk bantu dia...hati aku sejuk bila berkawan dgn dia...bila aku kata okay..dia terus datang kerumah aku..pada malam itu banyak benda juga yang kami sembangkan...dr perbualan kami itu...hati aku makin kuat rasa ingin bantu dia..bukan kerana simpati atau apa..tp mmg itu perasaan aku pada masa tu..aku merasakan bahawa aku dah dapat sahabat aku kembali...aku mmg jauh lebih tua dr dia...tapi disebabkan pemikiran dia yg matang..dia banyak nasihatkan aku dalam perbagai perkara..seolah apa yg selalu dilakukan oleh arwah khairool..mulai dr situ..dialah adik aku..sahabat aku...musuh aku...radio aku...and semualah...banyak perkara yg dia bantu aku..makin hari kenal...kami makin sekepala..gaduh itu biasa bg kami..dia sahabat terbaik aku..aku kenal keluarga dia...dia mmg dr keluarga yg baik2...dr ibunya dan adik2 nya..aku amat selesa...dulu mungkin aku berat untuk terima dia tinggal dirumah aku..tapi kini aku amat berat hati untuk lihat dia keluar dr rumah aku..aku mmg xboleh kalau dia xda..aku x tahu kenapa...apabila dia buat keputusan untuk pindah rumah bersama kawan dia....iaitu kawan aku juga...amat sayu hati aku bila dgr..and dia juga faham apa yg aku rasa..masing2 berat nak terima keadaan tp masing2 juga harus menyalah disebabkan keadaan..untuk kebaikkan semua pihak...dia terpaksa keluar dr rumah aku...dulunya rumah aku ada 3 org...tp aku tidak tahu apa akan jadi bila aku berseorangan nanti..yang pastinya dia perjanjian diantara aku dengan dia sudah dipersutujui...persahabatan kami hanya akan berakhir dengan kematian...
   Apabila terbayang rumah yg bakal dia tinggal nanti...aku berat nak lepaskan...bukan itu yg aku nak berikan kepada seorang yg telah aku anggap sebagai seorang adik..tp dia kata demi kebaikan semua...dia kena juga mengalah..hanya satu yg aku harapkan...aku harap dia akan hidup dgn gembira dan happy walaupun aku xda nanti..aku hanya mampu beri dia keperluan dr bukan kemewahan...aku mampu berikan senyuman...tapi bukan kebahagiaan...aku mampu berikan persahabatan...tpo aku gagal jalankan tanggungjawab sbagai seorang sahabat..aku harap aku sudah cukup beri dia apa yg termampu..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya....berita kesan kemalangan aku pasti akan buat semua org tertanya2...cukuplah hanya aku tahu apa perbualan aku dgn doktor..sementara masa yg ada...aku harap aku boleh menjadi seorang anak...sahabat...abang...dan manusia yg menyenangkan....bukan aku inginkan permusuhan aku musibah...inilah yg aku maksudkan dgn kesal hati seorang sahabat....sedih untuk menerima perpisahan...tapi aku masih mampu tersenyum kerana perpisahan kami adalah pilihan kedua pihak...bukan lah kerana perbalahan..persahabatan kami sudah seperti adik dan abang...andai kata dia diluak...aku juga terluak..diharap agar dia dapat kekalkan senyuman dia dalam hari2 terakhir aku disini...boleh lah aku pergi dgn senyuman juga.. ajiem....kau lah sahabat aku dunia akhirat...adik aku yg terbaik walaupun tiada pertalian darah...sahabat yg paling memahami....rakan yg paling membantu....pendengar dikala susah dan senang...aku tahu...sesusah hidup aku,...susah lagi apa yg telah kau alami..sebab tu kau selalu nasihat aku jgn mudah menyalah atau menyeluh....thanks kerana bukakan fikiran aku seluas ini sahabat... kepada semua...hargailah mereka yg amat memahami anda...kadang2 kita sendiri tidak faham dengan diri kita...inikan pula mereka yg telah bazirkan masa mereka dalam memahami kita... :)

Sunday, February 5, 2012

persahabatan tanpa perasaan


     salam sahabat dari aku yang bernama "aku"...lama rasanya aku xmengalunkan kata2 dan puitis nota didalam ukiran wajah perhubungan kita ini..kehidupan sebagai pelajar yang amat rapat dan intim dengan kelas dan buku,menjarakkan hubungan aku dengan kotak teknologi ini...akhirnya dalam tugasan aku bersama rakan2 dalam kerjaya kami sebagai pelajar,dapat juga aku mengukir lakaran baru dalam edisi kali ini...
     persahabatan yang kita umum kan n jalin kan selalunya akan mendatang kan 2 hal dalam hidup kita ini...antara permulaan untuk kegembiraan ataupun permulaan untuk kemusnahan institusi prsahabatan itu sendiri...soalnya apa kah yang menjadi punca n apa yang membawa persahabatan kita situ menuju kejalan itu...aku sering mengalami permasalahan ini..kadang2 aku terfikir,salah kah cara aku..salah kah cara mereka,atau mmg takdir bahawa kami tidak bisa menjadi sahabat..ada insan mengatakan bahawa persahabatan itu adalah satu anugerah...ada juga yang mengatakan persahabatan itu adalah takdir...adakah wujud soal persahabatan yang tidak dirancang??
     aku ada ramai kawan...but jumlah sahabat cuma ada sebilangan kecil sahaja...adakah kerana aku ini insan yang sukar menjalinkan persahabatan dengan orang ramai atau aku ini mmg sudah sedia dijadikan untuk hidup berseorangan..namub aku bahagia n selesa dengan hidup sekarang..aku gembira dengan keluarga yang sentiasa ada disisi...aku ada sahabat karib "5 kepala" yang amat memahami aku...aku ada "si dia" yang amat memotivasikan aku dan juga yang paling penting, aku ada Allah yang sentiasa "mengambil berat' soal hidu aku kerana Dia sentiasa memerhati dan menguji akn dalam kehidupan aku ini selagi nyawa dan nafas aku belum dirampas dan ditarik..aku yakin semua rintangan yang ada dalam dunia ini kita dah rasai bersama kerana Dia maha adil kerana umatnya.benda yang berlaku sentiasa beredar dan berputar..mungkin hari ini takdir itu milik aku...mungkin esok takdir aku itu milik kamu...namun sejauh mana kita kuat dalam menghadapi itu semua...aku pasti apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana Dia tidah akan menguji kita diluar kemampuan kita...maka,dalam menjalin kan sesuatu perhubungan persahabatan...mulakanlah dengan niat yang baik agar persahabatan itu akan mendapat keredhaan Nya...dan persahabatan itu pasti akan dilindungi dan diangkat darjah nya...
     persahabatan tanpa perasaan...apakah masih wujud atau makin berleluasa dalam dunia kita pada masa kita...ada yang mengadakan persahabatan atas niat yang tertentu...aku xfaham kenapa masih ada golongan sebegitu..malang nya persahabatan itu hanya wujud seketika dan ianya tidah berkekalan..ada yang hadir masa senang dan gelak tawa...namun sapa yang hadir dikala sunyi tangis dan sendu???kita selalu salahkan orang lain dalam hal ini..pernahkah kita memikirkan ini semua semula..adakah kita tahu n faham kenapa kita mengalami peristiwa dan kejadian sebegitu..aku tidak malu jika mengaku bahawa aku juga sering menitiskan air mata ketika mengalami ini semua..tapi selepas aku menjalani kehidupan ini dan tempuh semua itu berulang kali..aku mula sedar dan bersyukur...aku kini mampu tersenyum sekiranya aku mengalami kejadian itu...percayalah...xda istilah "lonely,sunyi dan keseorangan."...kamu pasti akan faham satu hari nanti...kerana setia[ orang ditunjuk kan kebahagia masing2...cara aku mungkin lain dengan korang semua...
     sahabat....diam aku selama ini adalah kerana aku ingin mencari kedamai and aku sekarang tengah siapkan novel aku sendiri..mungkin aku akan sambung penulisan aku selepas aku tamat sem ni...dan mungkin aku akan lancarkan selepas aku tamat belajar..kepada insan yang banyak membantu terutama kawan baik aku...taufik,,,danish...zack...ikhwan...and adriz...thanks...disamping idea perjalanan hidup ak bersama "adik beradik aku"....angah...umie...yan n zety...thanks...korang telah menyumbang dalam keadaan tidak sengaja..aku bahagia dengan kalian semua...thanks...ingat lah nasihat aku ini..persahabatan adalah satu anugerah...ianya akan bernyawa jika kita jaga ia...dan ia akan mati jika kita cemaran ia..perhubungan yang intim dan ikhlas pasti akan diredhai...antara nasihat yang pernah diberi kepada aku...
   "jangan sealu menjadi org tgh,kerana ianya akan makan diri sendiri"...
   "jangan terlalu baik dengan org kerana pasti kita akan dilukai kalu kita terlalu baik"
   "jangan terlalu tunduk kebawah kerana ianya umpama kita merendahkan semangat diri kita"
   "melepaskan adalah lebih baik dari merampas"
   "mempertahankan adalah lebih baik dari menyerah"
   
banyak lagi yang aku ingin kongsikan bersama korang semua...namun sampai sini sahaj lah ukiran aku kali ini..inipun sudah cukup panjang untuk dibaca...sama2lah kita ikhlaskan diri kita dan maaf kanlah semua insan yang pernah sakiti kita...kerana kemaafkan yang kita beri itu mampu membuat kita tersenyum dengan lebih mekar dan ikhlas...salam sahabat dari aku...insyaAllah kita akan bersua lagi pada masa dan ketika akan datang...aku kena berundur sekarang kerana aku ada tusagan yang prlu disiapkan..
assalammualaikum w.r.b....wasalam....

Sunday, April 17, 2011

HATI memang SUKAR untuk PUAS

   Salam sahabat dari aku pada lambaran pada kali ini.. Disebabkan rutin harian yang agak padat dengan tugasan yang amat menghimpit perasaan dan jiwa,kali ini ada juga masa yang telah aku peruntukkan untuk mengisi lambaran pada kali ini.. Agak lama aku mendiamkan diri dengan blog aku ini... Hanya sempat menyaksikan apa yang berlaku sahaja namun tidak berkesempatan untuk mengubahsuainya untuk menjadi satu tatapan pada pembaca..kali ini aku bawa satu topik yang akan membuka mata dan telinga anda dengan sesuatu yang selalu berada dihadapan kita namun kita jarang dan ada yang langsung tidak menyedarinya.
   Hati ini memang tamak.. Apa yang diberi dan dimiliki selalu tidak cukup.apa yang insan lain dapat kita selalu inginkan sama. Namun adakah kita pernah bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan nikmati selama kita diberi nikmah bernafas dalam dunia yang fana ini??? Adakah kita pernah menginginkan bahawa apa yang sepatutnya kita dapat ini kita berikan kepada insan lain yang lebih layak dari kita?? Adakah kita pernah fikirkan apa yang kita inginkan itu akan memberi faedah atau kebaikkan kepada kita atau tidak???sahabat... Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada masa kini.. Semua insan mengejar keduniaan.. Namun tidak pernah memikirkan pada masa yang akan datang.. Adakah ini yang wajar kita banggakan?? Adakah kita akan lebih gembira sekiranya kita mempunyai sahabat atau ahli keluarga yang sedemikian?? Atau adakah anda berasa teruja???
   Sahabat... Ambil masa walau sesaat.. Renungkan... Berada kali kita mengangkat tangan lalu memanjat syukur dengan nikmat yang telah Dia berikan kepada kita.. Berapa kali kita mengalirkan air mata sekiranya kita dimurkai Nya??? Berapa kali dalam sehari kita merayu dituruti juraian air mata memohan ampun dan maaf dariNya??? Sekiranya anda telah memikirkannya.. Renungkanlah dan bandingkanlah dengan apa yang anda telah lakukan itu dengan apa yang telah anda lakukan terhadap pasangan anda.... Adakah pasangan anda lebih bernilai dari Dia??? Adakah pengampunan dari pasangan, sahabat, teman2, duniawi ini lebih penting dari pengampunan dari Dia??? Adakah kasih sayang dari Nya itu tidak sebenilai mana jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang dari rakan MANUSIA anda???
   Sahabat... Apa yang berlaku dalam kehidupan kita pada kali ini amat berbeza dengan apa yang sepatutnya berlaku... Segalanya telah berputar lebih dari 360 darjah... Sahabat... Andai kata diri kita dijemputNya... Tiada rakan manusia kita yang akan membantu kita dalam memperlambatkan tarikh nya.. Tiada rakan kita yang mampu menghalang Dia dari mengambil kita.. Tiada rakan kita yang mampu memadamkan dosa yang pernah kita lakukan dalam dunia ini.dan tiada satu pun sahabat kita yang mampu memahami dan membantu kita sampai diakhirat kelak... Andai kata nyawa bercerai dengan jasad... Maka terputuslah segala apa yang berkaitan dengan kita didunia ini.. Samaada yang nyata ataupun tidak.... Melainkan amal ibadat yang kita lakukan seharian dan ibadah sunat yang kita amalkan..
   Andai diri ini punya kuasa, akan kupimpin tangan kalian semua.... Dapat kita sama2 mencari sinar baru dalam kehidupan kita.. Sama2 kita membantu antara satau sama lain.. Saling melengkapi antara satu sama lain.. Tiada yang sempurna dalam diri ini... Dosa dan pahala memang mainan juga dalam kehidupan... Namun begitu perbanyakkanlah perbuatan yang akan membawa kita kepada sesuatu yang akan meberi kita ganjaran pahala   bukannya ganjaran dosa..
   Sahabat... Sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki ini... Ini kerana perasaan tamak itu akan membawa kesulitan kepada kita pada masa yang akan datang... Memang ia akan membawa kesenangan kepada kita namun ianya hanya seketika... Bersyukur dan bersabarlah dengan nikmat dan dugaan yang telah ditimpakan keatas kita. Jangan sesekali kita cuba melawan takdir... Hati yang kurang puas hati, ditenangkan dengan amalan yang sepatutnya..anda punya tangan??anda punya dada??? Gunakanlah... Seterusnya rumuskanlah ia dalam akal mu... Apa yang baik, kita kongsilah bersama... Namun apa yang buruk itu, kita tegurlah agar hidup kita ini akan lebih dirahmati dan dinaikkan darjatnya.
   Sahabat... Sampai disini sahajalah bebelan aku.. Andai andai terkasar bahasa mahupun terguris perasaan... Sepuluh jari aku tadahkan... Bukan niat untuk mencurah garam diluka yang basah... Namun ingin meberi TAHI AYAM di kawasan tanaman.... Akal yang sihat,datang nya dari baja yang baik.. Ini semua adalah apa yang ingin aku kongsikan bersama dengan rakan2 aku... Sebagai tanda aku sayang kamu semua.. Aku tak mahu kalian menanggung nasib yang sama seperti aku... Apa yang aku alami sekarang ini adalah balasan dari apa yang telah aku lakukan dahulu... Satu2 kebahagiaan aku telah dirampas... Kesenangan aku diragut...dan keseronokkan aku dibolot.... Sedarlah wahai insan yang amat ku sayangi sekalian...SALAM....

Friday, April 8, 2011

Lebih Baik Diam...Jangan Kata Apa-Apa Jika Ianya DOSA.....

  
   salam satu sahabat dari aku sebagai pembuka bicara..sayup bunyi hujan diluar membuka tabir hati ini untuk terus berjuang dimedan penulisan.kilauan bintang pada helaian daun-daun kecil membuka lagi ruangan jiwa untuk membantu hati menerajui jari-jari ini mengalunkan langkah menekan petak-petak kecil ini..

 sahabat....sememangnya agak sakit apabila kehadiran kita ini tidak diinginkan lagi selepas apa yang kita lakukan kepada mereka yang kita sayangi..adakah sewaktu kita melakukannya, kita akan menjangkakan mereka akan membuang kita seperti itu??sememangnya saat mula pertemuan semuanya indah-indah belaka...tiada kata TIDAK dalam hubungan...jangan ada kata JANGAN dalam pertuturan...tetapi sentiasa mengatakan BAIK pada setiap tindakan...OK pada setiap ucapan...JANGAN pada setiap kata perpisahan..

 sahabat...aku antara orang yang senantiasa menginginkan kebahgiaan yang semua orang miliki..aku berasa iri hati dengan mereka...mengapa aku tidak diberi peluang seperti mereka??jawapannya ialah masih ada yang didalam hati aku yang belum aku izinkan dia SEMPURNA dengan IKHLAS..

  sahabat...kenapa kita selalu akan kehilangan cinta dambaan kita???tetapi cinta yang kita tidak inginkan pula yang akan bahagiakan kita???tapi sekiranya cinta itu juga tiada buat kita,apa lagi baki yang ada untuk kita???sahabat,perpisahan yang berlaku dengan kata putus tidak sesakit dengan perpisahan yang berakhir dengan tanpa sabarang kata-kata..seolah-oleh kehadiran kita dihadapannya bagai insan halimunan yang menjaganya setiap detik namun tidak dapat dilihat dan dirasa.

     sahabat...pedih nyilu rasanya apabila kita diperlakukan sebegitu...perit jiwa inginkannya berlaku...salah siapa???adakah ini juga salah aku???atau dia??adakah aku masih belum pantas untuk memiliki CINTA sempurna dari dia???adakah aku ini terlalu leka akan kecantikan dan kesantunan dia??adakah kerana aku terlalu banyak diuji???

sahabat,tiada tanda tanya yang akan buat kita bisa mengungkap kata-kata yang bakal kita lakukan..kita juga belum tahu apa yang akan kita lakukan pada hamba Allah yang lain.janganlah kita meletakkan kata-kata manis dan janji palsu yang akan membuat segunung harapan timbul,seluas lautan maruah terdampar dan sedalam gaung tubuh kita selami....sahabat..apa yang kita lakukan ada balasannya...jagalah setiap tingkah laku kita ini agar hadirnya kita dihapadan Dia nanti bakal membawa kemanisan syurga kepada kita...janganlah kita  termasuk dalam kumpulan atau komuniti yang diberi nama "kehadiranmu tidak diundang"..maksud nukilan aku kali ini agak dalam jika ingin diselongkar...kosongkan lah jiwa dan semailah keinsafan dalam diri..kita adalah milik Dia..semua berlaku dengan izinNya..untuk membantu sahabat semua mengetahui maksud penulisan kali ini adalah.....


   "perpisahan ada kata akhir= perpisahan dengan sesama manusia..."
   "perpisahan tanpa kata akhir=berlakunya hembusan nafas terakhir"
   "kehadiran yang diundang=kehadiran yang dialukan seperti datang nya kita kedunia ini"
   "kehadiran yang tidak diundang=perginya kita dengan tanpa sempat mendapat keredhaan dariNya"


sahabat...sama-samalah kita merenung apa yang telah kita lakukan..ambil sedikit masa yang ada...cubalah anda lihat...siapa diri kita sebenarnya..dan adakah kita telah melakukan apa yang sepatutnya???
sahabat..kata-kata kali ini penuh dengan kasih sayang yang aku timbulkan..aku xnak sahabat melakukan kesalahan yang biasa manusia lakukan...kata-kata ini juga telah aku nilaikan sebelum ia dimasukan dan untuk ditayangkan bagi santapan mata anda..aku juga takut sekira nya aku antara barisan pertama yang akan masuk ke neraka jahanam.."manusia yang hanya pandai berkata tetapi tidah dari tindakan"....renungkan lah...selamat beramal bersama-sama..maaf andai ada terguris rasa atau tersentap jiwa...salam... :)

Sunday, March 27, 2011

Lumrah Manusia

     Sahabat.... maaflahlah ye aku dah lama diamkan diri...sememangnya jika dinyatakan memang xmencukupi ruang ini...lumrah manusia...setiap manusia diuji dengan 1001 macam dugaan mahupun rintangan yang mana jika ianya datang dari Allah adalah sebagai tanda kasih sayangNya....tapi sekiranya datang dari teman2 atau sesama manusia yang dicampur dengan bantuan syaitan yang maha kaya dengan sifat jahat nya itu adalah untuk melihat kejatuhan dan kegoyangan iman seseorang manusia iaitu sebagai makhluk ciptaan Allah yang paling disayangi...sahabat,aku baru saja ditimpa dengan pelbagai musibah yang terlalu amat pedih bagiku...sehingga aku rasa ingin terus menjemput ajalku...sehingga aku ingin melakukan sesuatu seolah2 aku tidak memikirkan kewujudan Allah... sahabat,kenapa ini semua boleh berlaku dalam kehidupan kita semua......
     Sahabat...bukan itu yang aku ingin bahaskan diruang kali ini...tetapi aku ingin bertanya...kenapa kita sesama manusia ingin melihat kejatuhan maruah dan semangat makhluk sesama kita...kejamnya mereka sehingga menganggap kita ini bukan nya datang dari unsur yang sama dengannya..seolah harganya dan ciptaannya disaluti dengan jongkong2 emas...disinari dengan 1001 macam cahaya....diiringi dengan segala keindahan dan kenikmatan dunia...bukankah disisi Allah, kita adalah sama....namun kenapa Allah berikan dugaan dan halangan yang berlainan kepada kita semua.. kenapa Dia tidak berikan semua sama rata,sama adil dan saksama???haaaa,itu tandanya Dia maha mengetahui bahawa kita ini miliki iman dan kekuatan yang berlainan...sememangnya Allah maha TAHU tahap manakah kemampuan kita ni kerana Dia adalah pencipta kita..ini kerana Dia ingin kita ingat padaNya dikala kita ditimpa musibah...tapi adakah para sahabat lihat itu semua berlaku???apa yang aku lihat....bomoh.....pisau...banggunan tinggi....dendam...sumpah seranah...carutan kata2 kesat...hasutan dan kerosakkan aqidah lagi bertambah jumlahnya...sahabat....dimanakah diri kita sebenarnya dikala ini??? dimanakah kita meletakkan Dia dalam diri dan kehidupan kita dikala ini????
     Sahabatku yang aku kasihi sekalian...aku antara insan yang tidak pernah bersyukur...aku utamakan pasanganku dikala aku sedang enak menikmati keseronakkan hidup,kekayaan wang ringgit dan kepuasan jiwa...namun aku langsung tidak berikan dan berkongsi kebahgiaan itu kepada kedua2 insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku dengan sempurna...sehingga aku bisa melihat dan memcelek alam semesta ini...aku lupa asal usul aku...aku lupa bersyukur kepada Dia yang telah melimpahkan kurnianya dan nikmatnya kepada aku....sayang semuanya aku rasakan aku sudah terlambat untuk aku menebus segala kesilapan yang telah aku lakukan...
     Suatu malam aku duduk bersendirian....termenung dan mengalirkan titisan mutiara melihat langit dan awan yang indah....walaupun dalam kelam...aku nampak wajah ibu bapaku dengan 1001 harapan yang ingin melihat aku berjaya didunia dan akhirat...sahabat....tangisan aku semakin lebat kerana KENAPA dikala aku keseorangan menyelami kesakitan yang aku tanggung akibat silap aku sendiri baru aku ternampak wajah ibu bapaku sedangkan mereka telah lama ada dalam diri aku...darah meraka adalah darah yang sedang mengalir dalam tubuhku........yang mana dia mahu aku teruskan hidup walaupun aku ditimpa musibah..."Ingat lah ALLAH nan"...itu pesanan ibuku setiap kali aku ingin meninggalkan mereka pulang ke asrama ku....aku sebak mengenangkan ibu bapaku...mereka sentiasa ada dengan aku diwaktu aku susah dan senang..namun kenapa aku lagi menyusahkan mereka...aku adalah anak yang tidak pernah bersyukur dengan semua itu...
sahabat....jgnlah kamu lakukan apa yang telah aku lakukan...kerana itu semua akan membinasakan diri kamu...oleh itu,setiap apa keputusan yang kamu ingin lakukan,gunakanlah keluasan akal fikiran kamu dan kedalaman hati nurani kamu....aku cuma ingin ingatkan...jgn kita dipanggil dan dimasukkan dalam kumpulan "Lumrah Manusia"......hanya mencari ibu bapa ketika inginkan wang ringgit,harta pusaka mahupun peninggalandan kebenaran....hanya mencari dan mengingati ALLAH SWT....ketika kita ditimpa musibah mahupun mala petaka...ingat lah...bila kebahgiaan dan kesenangan manusia itu telah diambil dan diragut oleh Nya....akan datanglah musibah yang berterusan kepada nya yang inginkan dia berubah dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.jangan lah akmu salah kan siapa2 dikala kamu sedang diuji dan dilihatkan dengan dugaan dan halangan..janganlah kita terlalu mengagungkan cinta dunia....capailah kejayaan sebagai seorang umat islam,kejayaan dalam diri kamu,kejayaan sebagai seorang ayah,ibu atau anak....abg,kakak atau adik...kejayaan kamu sebagai makhluk muka bumi ini...dan akhir sekali baru kejayaan kamu sebagai PENCINTA......jangan lah kamu ingat kamu adalah manusia yang paling berjaya dimuka bumi ini,kamu lah juga orang yang paling berjaya di AKHIRAT....jangan terlalu yakin ya sahabat...salam sahabat dariku....

Saturday, March 5, 2011

RUMAH satu....PENGHUNI nya ramai..tapi nampak KOSONG...

salam persahabatan untuk semua...tampil saya kali ini dengan lambaran kisah yang baru..tetapi sering berada di sekeliling kita..sama ada ianya sedar atau tidak..mungkin kita antara pengamalnya..saya tampil kali ini cuma kerana saya ingin cuba atasi masalah ini dan cuba menjadi mata dan telinga anda semua..mengapa ini suma akan dan sedang berlaku dalam kehidupan kita suma sekarang dan adakah ini suma akan berterusan dan semakin meluas...
"RUMAH satu tapi PENGHUNI nya ramai nampak mcm KOSONG".....sekiranya saya xhujah kan dan nyatakan maksud ayat ini,apakah yang berada dalam kotak fikiran anda suma skarang...eheheh....rumah setinggan???? rumah berhantu???? atau sebagainya kan???hehehe...
namun dalam istilah kesusasteraan melayu,kita ada didedahkan dengan pelbagai kiasan yang bakal membantu kita dalam menyampai kan ssuatu...maksud saya dalam ayat ini adalah "HATI satu...tetapi CINTA banyak.tapi langsung tiada kesedaran.."
sekarang ramai yang mengagung2 kan cinta...bg mereka cinta adalah segalanya..tanpa cinta mereka xkeruan..cinta seolah2 membuat mereka dalam delema dan xtenang...apabila peroleh cinta mereka gagal laksanakan tugas2 cinta dengan sempurna..memang benar cinta tu melibat kan perasaan kasih syg,saling memahami,saling menemani,tapi kenapa masyarakat kini menyalahgunakan maksud cinta mereka...bagi mereka dengan menyerahkan tubuh badan mereka kepada pasangan itu adalah cinta yang sebenar..erm..adakah itu yang anda maksudkan dengan cinta...maruah, nilai harga diri dan jiwa raga...harganya lebih rendah dari CINTA????tidakkah anda sedar dengan mendapatkan cinta yang anda inginkan itu..anda telah kehilangan cinta yang paling besar dalam kehidupan ini...iaitu cinta dari ALLAH SWT.....malah anda dibenci dan bakal menjadi MUSUHNYA...adakah itu yang anda ingin kan...sedarlah rakan2...ALLAH adalah pemilik semua ini...jangan pernah jadi musuhNya...pasti sengsara dunia dan akhirat....pokok utama yang ingin saya katakan adalah sifat kecurangan dan kemanusiaan yang ada dalam diri masyarakat kini..adakah ini salah kaum laki atau wanita??? adakah golongan ini masih bisa digelar LELAKI dan WANITA...erm...saya cukup sedih melihat CINTA anak muda pada masa kini..
wahai sahabat ku dan wahai saudaraku sekalian...bantu lah saya dalam menyelesaikan masalah ini...baiklah, saya ringkaskan ulasan ini dengan noktah " manusia dijadikan dengan cukup sempurna...organ2 suma dari bahan dan unsur yang baik..namun apabila kita meningkat dewasa kenapa akal fikiran,hati nurani,jasab kita dan semua yang ada pada diri kita dikotori dan dicemari dengan anasir2 yang buruk dan busuk..tidak anda ingat betapa sukar ibu bapa kita pelihara luar dan dalam diri kita ini...jangan kata dibaham orang....NYAMUK pon xdapat sentuh kita...ini bila kita sudah dewasa..dengan mudah kita membuat urusan JUAL BELI secara percuma..."....renung2 kan lah..masih belum terlambat dalam mengubah apa yang buruk ke yang molek....Allah itu maha pengampun...dan maha penyayang...sujudlah kepada Dia...Dia pasti akan dakap kita dengan...menunjukkan sayang Nya dia kepada kita... biar kita xdapat cinta mansia..jgn kita xdapat cinta dari Dia...ya Allah aku mohon...Kau bantulah aku sedarkan saudara mara ku kini...amin....

Sunday, February 20, 2011

apakah maksud kehadiran DIA?????

salam semua sahabatku...lama sudah aku mendiamkan diri...akibat dari kesibukakn yang aku lalui,aku semakin kurang berdamping dengan laptopku ini..erm..kini aku kembali dengan lipatan kisah yang baru...
setelah sekian lama aku mendiamkan diri dengan tugasan2 yang aku kena sattlekan aku kurang lelepkan mata aku untuk masa rehatkan diri aku..kini aku dapat rasakan mata aku semakin penat dan letih...aku dapat rasakan bahawa sekian lama aku tidak tutup mata aku ni..uhhu...adakah kerana aku terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk aku mendapatkan rehat yang secukupnya ataupun memang....................................................aku ralek dengan semua tugasan aku..aku sibuk dengan semua assignment yang aku kena siapkan...sepatutnya aku diberikan masa sebulan lebih untuk siapkan semua tugasan ini,tetepi niat aku nak siapkan semuanya dalam masa seminggu..alasannya aku tak nak sibuk lastminute..aku nak rehat pada masa yang selebihnya dan ulangkaji mata pelajaran lain sebab 2 bulan depan aku akan menempuh peperiksaan akhir yang bakal menentukan samaada aku dapat teruskan pelajaran aku pada masa akan datang atau tidak...erm...
aku terlelap.....zzzzzzzz.....uhhuuhhu....gelap nya dunia...tetiba aku nampak ada cahaya kecil dihujung sana...semakin hampir dengan aku...lama kelamaan cahaya itu semakin besar....apabila cahaya itu berada dihadapan aku..aku nmpak ada wajah dihadapan aku..wajah itu amat aku kenali..aku kenal sgt dengan wajah itu..uhhuuh....wajah yang sangat aku rindukan...orang yang sudah sama mcm abg aku..org yang selalu tolong aku waktu aku dalam kesusahan...orang yang sentiasa utamakan aku dalam apa hal sakalipun...org yang tidak diberi nikmat berkata dan mendengar....ya,orang nya bisu dan pekak....dia datang bersama dengan adik bongsunya...kenapa syuk dan naim datang dalam mimpi aku...yang peliknya dorang pimpin tangan aku...dorang kata nak bawa aku ke tempat yang indah..yang takkan bagi aku masalah.erm...apakah maksud itu semua...aku memag nak ikut dorang,but aku nmpak mak dan ayah aku....mak dan ayah aku larang aku ikut syuk dan naim...tapi napa???aku xfaham....
tetiba mata aku terbuka dan tersedar,aku sedar air mata aku dah semakin deras..aku tak tahu kenapa air mata aku berlinang...adakah kerana aku terlalu rindukan ARWAH SYUK dan ARWAH NAIM,.....kenapa dorang panggil aku??xpernah aku mimpikan dorang..adakah aku pon akan ikot jejak langkah dorang???yaAllah...kalu Kau nak embil aku...ambillah aku diwaktu aku bersama keluarga aku.....AKU XNAK PERGI DIWAKTU AKU JAUH DARI DORANG...AKU RAYU PADAMU....