Sunday, February 5, 2012

persahabatan tanpa perasaan


     salam sahabat dari aku yang bernama "aku"...lama rasanya aku xmengalunkan kata2 dan puitis nota didalam ukiran wajah perhubungan kita ini..kehidupan sebagai pelajar yang amat rapat dan intim dengan kelas dan buku,menjarakkan hubungan aku dengan kotak teknologi ini...akhirnya dalam tugasan aku bersama rakan2 dalam kerjaya kami sebagai pelajar,dapat juga aku mengukir lakaran baru dalam edisi kali ini...
     persahabatan yang kita umum kan n jalin kan selalunya akan mendatang kan 2 hal dalam hidup kita ini...antara permulaan untuk kegembiraan ataupun permulaan untuk kemusnahan institusi prsahabatan itu sendiri...soalnya apa kah yang menjadi punca n apa yang membawa persahabatan kita situ menuju kejalan itu...aku sering mengalami permasalahan ini..kadang2 aku terfikir,salah kah cara aku..salah kah cara mereka,atau mmg takdir bahawa kami tidak bisa menjadi sahabat..ada insan mengatakan bahawa persahabatan itu adalah satu anugerah...ada juga yang mengatakan persahabatan itu adalah takdir...adakah wujud soal persahabatan yang tidak dirancang??
     aku ada ramai kawan...but jumlah sahabat cuma ada sebilangan kecil sahaja...adakah kerana aku ini insan yang sukar menjalinkan persahabatan dengan orang ramai atau aku ini mmg sudah sedia dijadikan untuk hidup berseorangan..namub aku bahagia n selesa dengan hidup sekarang..aku gembira dengan keluarga yang sentiasa ada disisi...aku ada sahabat karib "5 kepala" yang amat memahami aku...aku ada "si dia" yang amat memotivasikan aku dan juga yang paling penting, aku ada Allah yang sentiasa "mengambil berat' soal hidu aku kerana Dia sentiasa memerhati dan menguji akn dalam kehidupan aku ini selagi nyawa dan nafas aku belum dirampas dan ditarik..aku yakin semua rintangan yang ada dalam dunia ini kita dah rasai bersama kerana Dia maha adil kerana umatnya.benda yang berlaku sentiasa beredar dan berputar..mungkin hari ini takdir itu milik aku...mungkin esok takdir aku itu milik kamu...namun sejauh mana kita kuat dalam menghadapi itu semua...aku pasti apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana Dia tidah akan menguji kita diluar kemampuan kita...maka,dalam menjalin kan sesuatu perhubungan persahabatan...mulakanlah dengan niat yang baik agar persahabatan itu akan mendapat keredhaan Nya...dan persahabatan itu pasti akan dilindungi dan diangkat darjah nya...
     persahabatan tanpa perasaan...apakah masih wujud atau makin berleluasa dalam dunia kita pada masa kita...ada yang mengadakan persahabatan atas niat yang tertentu...aku xfaham kenapa masih ada golongan sebegitu..malang nya persahabatan itu hanya wujud seketika dan ianya tidah berkekalan..ada yang hadir masa senang dan gelak tawa...namun sapa yang hadir dikala sunyi tangis dan sendu???kita selalu salahkan orang lain dalam hal ini..pernahkah kita memikirkan ini semua semula..adakah kita tahu n faham kenapa kita mengalami peristiwa dan kejadian sebegitu..aku tidak malu jika mengaku bahawa aku juga sering menitiskan air mata ketika mengalami ini semua..tapi selepas aku menjalani kehidupan ini dan tempuh semua itu berulang kali..aku mula sedar dan bersyukur...aku kini mampu tersenyum sekiranya aku mengalami kejadian itu...percayalah...xda istilah "lonely,sunyi dan keseorangan."...kamu pasti akan faham satu hari nanti...kerana setia[ orang ditunjuk kan kebahagia masing2...cara aku mungkin lain dengan korang semua...
     sahabat....diam aku selama ini adalah kerana aku ingin mencari kedamai and aku sekarang tengah siapkan novel aku sendiri..mungkin aku akan sambung penulisan aku selepas aku tamat sem ni...dan mungkin aku akan lancarkan selepas aku tamat belajar..kepada insan yang banyak membantu terutama kawan baik aku...taufik,,,danish...zack...ikhwan...and adriz...thanks...disamping idea perjalanan hidup ak bersama "adik beradik aku"....angah...umie...yan n zety...thanks...korang telah menyumbang dalam keadaan tidak sengaja..aku bahagia dengan kalian semua...thanks...ingat lah nasihat aku ini..persahabatan adalah satu anugerah...ianya akan bernyawa jika kita jaga ia...dan ia akan mati jika kita cemaran ia..perhubungan yang intim dan ikhlas pasti akan diredhai...antara nasihat yang pernah diberi kepada aku...
   "jangan sealu menjadi org tgh,kerana ianya akan makan diri sendiri"...
   "jangan terlalu baik dengan org kerana pasti kita akan dilukai kalu kita terlalu baik"
   "jangan terlalu tunduk kebawah kerana ianya umpama kita merendahkan semangat diri kita"
   "melepaskan adalah lebih baik dari merampas"
   "mempertahankan adalah lebih baik dari menyerah"
   
banyak lagi yang aku ingin kongsikan bersama korang semua...namun sampai sini sahaj lah ukiran aku kali ini..inipun sudah cukup panjang untuk dibaca...sama2lah kita ikhlaskan diri kita dan maaf kanlah semua insan yang pernah sakiti kita...kerana kemaafkan yang kita beri itu mampu membuat kita tersenyum dengan lebih mekar dan ikhlas...salam sahabat dari aku...insyaAllah kita akan bersua lagi pada masa dan ketika akan datang...aku kena berundur sekarang kerana aku ada tusagan yang prlu disiapkan..
assalammualaikum w.r.b....wasalam....