sekian lama aku kenal dengan dia...permulaan hubungan kami hanya pada mulanya dengan MYSPACE..dari situ kami mula mengenali antara satu sama lain...dalam malam itu kami saling menceritakan siapa diri kami..bukan setakat itu..kami sambung dengan sms dan panggilan telefon..siang malam tak kira masa...
hubungan kami menjadi semakin serius sehingga dia mengatakan bahawa dia menyukai aku..aku terima tanpa berfikir panjang kerana aku juga merasakan apa yang dia rasa...namun aku tak luahan sebab aku merasakan aku tidak layak untuk dia..aku tak nak dengan keputusan aku yang kononnya ingin menjadi HERO akan merosakkan hubungan kami...jadi dengan sebab itu aku mengambil keputusan untuk berdiam diri..
kami mula berpacaran..kami memang bahagia..apa yang kami lalui kami kongsi bersama...dari hal yang kecil hingga hal yang besar kami kongsi...walaupun saling-saling penant dengan rutin harian masing-masing,namun masa bersama tetap diluangkan..
sampai satu ketika dia datang kepada aku lalu mengatakan yang dia ingin putuskan hubungan aku dengan nya..alasan nya sebb dia dah tak nak ada hubungan dengan siapa-siapa lagi..erm...walaupun berat hati aku hendak melepaskan dia...namun aku turutkan juga permintaan dia sebb aku tak nak kalu diteruskan hubungan ini,hubungan kami bukan hubungan yang ikhlas...malah akan mendatang kan masalah yang lagi besar pula..
setiap ahari aku menhantar sms dan call dia macam biasa..perlahan-lahan dia cuba jauh kan diri dari aku..sampai kan dia sudah pandai menipu dengan aku...macam-macam alasan yang dia bagi kepada aku untuk lari lari aku...namun aku sabar sebab aku tak nak kehilangan dia...aku terlalu sayang kan dia..
setelah sekian lama kami tidak berhubung, aku cuba menghubungi dia kembali...atas alasan aku rindu dengan nya...alhamdulillah dia melayan aku dengan baik..aku dapat rasakan bahawa dia masih sayang kan aku..dia seolah-olah memberi harapan kepada aku...aku semakin bahagia rasanya...senyuman aku mekar dari pagi hingga ke malam...
selepas dia senyap selama seminggu sebab katanya "sibuk "...aku menghunginya lagi...namun dia tidak mengangkat..sms ku juga tidak berbalas...selepas beberapa minit, aku lihat telefon ku berbunyi menandakan ada sms masuk..aku senyum panjang apabila melihat namanya yang tertera...alangkah runtuh dan hancurnya hati aku apabila membaca sms nya.."KO KALU BOLEH JGN GANGGU AKU LAGI BOLEH X..AKU RIMAS"......."AKU XNAK DIGANGGU..".....itulah isi sms yang diberi..aku tak tahu...rupanya tanda rindu dan sayang aku itu adalah beban dan gangguan kepada orang yang aku syg...erm...mungkin ini ada ujian Dia kepada aku...aku terima YA ALLAH...terima kasih kerana Kau sudah uji aku...tandaNya kau masih syg dan sentiasa memerhatikan aku....Alhamdulillah....

No comments:
Post a Comment